Monday, August 29, 2011

Esok raye ke?


As'salam... hahai~~~ esok raye ke? baju tak beli lagi... nak masak ape pon tak plan lagi... haiya! pening kepala wooo! terasa sangat cepat Ramadhan meninggalkan kita. Aku harap, benteng dan perisai iman yang telah dibina pada bulan yang mulia ini tidak mudah runtuh tatkala Syawal menjengah... biar sang nafsu tunduk pada urutan jemariku... biar sang iblis menangis kerana hilang kepercayaan pengemis dosanya... jangan aku menangis tersesat jalan sejurus berakhir bulan pengampunan. hari raya memang sesuatu yang menyeronokkan, tetapi jangan terlalu mengikut hawa nafsu, kita digalakkan supaya sentiasa bersederhana dalam setiap kelakuan. renungkan...haih! panjang pulak aku ceramah di pagi yang mulia ni... jom kita layan pantun raye buatan aku...buat pedoman di hari raya. hehe...

di jalan raya berhati-hati
agar berjumpa orang tersayang
memandu berlumba sesuka hati
jasad sampai nyawa pun hilang

lemang ketupat kuih bahulu,
dimakan dengan ketupat palas,
makan jangan mengikut nafsu,
di pagi raya perut memulas.

tersilap kata ataupun lisan,
menjadi lumrah dalam bersaudara,
kunjung mengunjung sesama insan,
rapatkan silaturrahim di pagi raya

daun kelapa buat ketupat,
ketupat mampat nasi tak masak,
di hari raya jangan mengumpat,
baru bermaafan dosa dah banyak.

akhir kata, di sini aku ingin memohon maaf zahir dan batin di atas segala perbuatan yang mungkin mengguris jiwa, silap tutur kata, dan macam2 lagi dalam keadaan sedar ataupun tidak... sesungguhnya aku bukanlah manusia yang sempurna... sekian selamat beraye!!! hahawww!


1 comment: