Friday, August 19, 2011

Kasihnya Ibu...

Di bulan yg mulia ini, ramai yg telah dijemput kembali oleh si pencipta... setiap hari ada sahaja tubuh yang dimandikan di surau. sehinggakan pakcik van jenazah sendiri kate " bulan ni hari2 ade orang meninggal, paling sikit pun 2 orang... aku tergamam kerana topik sebenar tentang orang tak puasa yg dibawa berjalan dengan van jenazah, tiba2 pakcik ni melencong ke tempat lain. gelak ketawa pada mulanya menjadi sunyi. maklumlah semua belum cukup iman lagi. Hari ini aku sedih melihat anak2 muda menyakiti hati ibu mereka... tidak pernah tertanyakah pada diri bila kali terakhir mengucup tangan ibu? bila kali terakhir kau memeluk tubuh tua itu? bila kali terakhir meminta maaf atas segala kesalahan? xkan nak tunggu hari raya sahaja? tidak tertanyekah kite tentang kesempatan bertemu lagi? mungkin hari ini kali terakhir berjumpa sebelum ibu menghembuskan nafas yg terakhir. Cukupkah apa yg telah kau lakukan utk membalas kasihnya seorang ibu yg telah bersusah payah melahirkan dan membesarkan? bagi aku, aku sangat sayang ibu aku... tetapi kekadang aku terleka sementara dengan teman2 yang sebenarnye takkan bawe kite kemane2... hinggalah suatu hari ibuku dimasukkan ke unit rawatan rapi... wajah ibu yg pucat ku tenung... wayar berselirat di sekeliling tubuh...air susu sebagai pengganti makanan disalurkan melalui tiub yg dimasukkan kedalam rongga hidung... mmg ibu hidup dengan bantuan mesin sahaja... doktor kata ibu awak mesti kuat...beri dia semangat, jika tidak ini mungkin kali terakhir kamu lihat dia... aku jadi sangat risau... aku tak pergi kerja dan seharian aku menangis sehingga aku termimpi2 yg ibu telah terbaring tidak bernyawa... dan kali itu juga baru aku tahu siapa teman sebenar... hari2 tidur di hospital supaya senang melawat ibu... air mata menitis setiap kali memakai apron dan sarung tangan untuk masuk melawat, aku sering menangis semahunya tatkala melihat tubuh ibu yg masih tidak bergerak, sebak di hati mmg sukar dibendung... aku hampir putus asa... mujur jiran2 yg dtg memberi semangat dan sedikit bantuan... membaca surah Yassin setiap kali melawat menjadi rutin harian. setelah beberape hari ibu mula menggerakkan tangan dalam keadaan mata yg tertutup... aku rase sgt bersyukur... tidak terdaye dan sangat belum bersedia untuk kehilangan ibu... selang beberapa hari ibu telah sedar sepenuhnya. syukurku tiidak terkira saat itu... dan sehingga ke hari ini aku sgt takut kejadian berulang lagi... setiap malam aku akan terjaga ketika tidur, aku turun ke bawah semata2 untuk melihat ibu masih bernafas atau tidak.Syukur peristiwa menyedarkan aku dan syukur juga aku masih lagi diberi kesempatan untuk merasai kasihnya seorang insan yg digelar ibu. aku menulis ini bukan untuk menunjukkan yg aku ni sudah bagus. tetapi hanya sebagai peringatan kepada semua tentang pengorbanan ibu melahir dan membesarkan kita. hanya satu soalan, sudah bersediakah anda utk kehilangannya. Bagi yg masih ada ibu, nikmatilah masa yg diberikan dan jagalah mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kamu bagai menatang minyak yg penuh, jangan menyesal di kemudian hari dan jangan jadikan kucupan di dahi pertama bila kau sudah dewasa kerana perasaan malu diejek anak emak menjadi kucupan terakhir bila kain dibuka untuk tatapan terakhir. dan kepada yg sudah kehilangan, jangan sesekali putus menyampaikan doa... sesungguhnya doa anak yg soleh itu membantu mereka di sane... kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya saudara masa berada. Minta maaf entri kali ni agak serius dan sensitif, ini hanye luahan perasaan yg hendak aku kongsikan ikhlas dari dasar hati. aku manusia biasa... sekian wasalam.

No comments:

Post a Comment