Monday, August 29, 2011

Esok raye ke?


As'salam... hahai~~~ esok raye ke? baju tak beli lagi... nak masak ape pon tak plan lagi... haiya! pening kepala wooo! terasa sangat cepat Ramadhan meninggalkan kita. Aku harap, benteng dan perisai iman yang telah dibina pada bulan yang mulia ini tidak mudah runtuh tatkala Syawal menjengah... biar sang nafsu tunduk pada urutan jemariku... biar sang iblis menangis kerana hilang kepercayaan pengemis dosanya... jangan aku menangis tersesat jalan sejurus berakhir bulan pengampunan. hari raya memang sesuatu yang menyeronokkan, tetapi jangan terlalu mengikut hawa nafsu, kita digalakkan supaya sentiasa bersederhana dalam setiap kelakuan. renungkan...haih! panjang pulak aku ceramah di pagi yang mulia ni... jom kita layan pantun raye buatan aku...buat pedoman di hari raya. hehe...

di jalan raya berhati-hati
agar berjumpa orang tersayang
memandu berlumba sesuka hati
jasad sampai nyawa pun hilang

lemang ketupat kuih bahulu,
dimakan dengan ketupat palas,
makan jangan mengikut nafsu,
di pagi raya perut memulas.

tersilap kata ataupun lisan,
menjadi lumrah dalam bersaudara,
kunjung mengunjung sesama insan,
rapatkan silaturrahim di pagi raya

daun kelapa buat ketupat,
ketupat mampat nasi tak masak,
di hari raya jangan mengumpat,
baru bermaafan dosa dah banyak.

akhir kata, di sini aku ingin memohon maaf zahir dan batin di atas segala perbuatan yang mungkin mengguris jiwa, silap tutur kata, dan macam2 lagi dalam keadaan sedar ataupun tidak... sesungguhnya aku bukanlah manusia yang sempurna... sekian selamat beraye!!! hahawww!


Saturday, August 27, 2011

Musuh blogger 'KUCING SERIUS'

As'salam... hari ini kite digemparkan dengan kemunculan blog baru! blog yang bakal mencabar kredibiliti blog kucing serius... jangan ingat blogger seperti kucing tiada musuhnya... tradisi dunia! bila kucing menyebut tentang anjing... pasti anjing tidak akan malu2 kucing untuk membalas segala kritikan kucing... anda tidak percaye? ini buktinya... mari kita terjah header blog terbabit...


>ini blog si kucing serius!
(kucingan studio... bila kucing boleh menganjing)


>ini pula blog musuh kucing serius... yang bernama anjing serius!
(anjingan studio... bila anjing boleh mengucing)

Raye dah nak dekat dah ni... mintak2 deorang ni dapatlah bermaaf-maafan di antara satu sama lain... peristiwa lama tu lupakanlah... buang yang keruh ambil yang jernih... bukak buku baru... sekian sahaja entri kali ini... sekian terima kasih =)...

Thursday, August 25, 2011

Tergempar! ikan telan itik!!!

tak percaya? saksikan video ini!
(oleh kerana gambar yang agak tidak jelas, anda disarankan fokus dengan lebih dekat)



sekian pendedahan tergempar hari ini! terima kasih... dan selamat hari raya saya ucapkan...

Tuesday, August 23, 2011

Seni origami moden yang kreatif...

As'salam, seni lipatan kertas ataupun lebih dikenali sebagai seni Origami sering dikaitkan dengan golongan yang kreatif dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. (Aku memang tak reti langsung nak lipat benda alah ni)...kalau bagi kat aku memang lipat2 selit2 lepas tu konyok, balut ngan salotape... jadilah origami bola yang selalu budak lelaki main dalam bilik darjah masa cikgu tak datang mengajar(bukan origami sebenarnye)...hehe...

Artis berjiwa seni seperti 'Sipho Maboba' mempunyai tahap kesabaran dan tahap kemahiran lipatan kertas yang lebih tinggi. Beliau masih mencipta lipatan kertas seperti burung, tetapi telah meneroka seni origami yang lebih menakjubkan seperti manusia, ikan, trofi, seni abstrak dan banyak lagi. Berikut adalah beberapa gambar hasil seni beliau dan video bertajuk 'invisible foes' ataupun 'musuh ghaib' yang dimainkan tahun lepas di Switzerland.














INVISIBLE FOES from MABONA ORIGAMI on Vimeo.


>Sekian sahaja entri untuk kali ini, akhir kata, origami dan indomee adalah dua benda berbeza dan melipat indomee untuk menggantikan kertas origami adalah pekerjaan sia-sia... sekian terima kasih...=)

Origami terbaik dari wang kertas...

As'salam, Tadi masa aku korek2 gambar sambil geletek2 perut pak google, ternampak lak gambar2 ni... cool gila weyh! selalu origami duit yang kita nampak hanyalah dalam bentuk hati, kipas dan benda2 simple aje... tapi origami duit oleh seorang artis bernama Hasegawa Yousuke yang berasal dari Jepun ni dah buka mata aku seluas-luasnya (sebab tadi aku tidur)... alim pulak aku tengok si Abraham Lincoln tu pakai serban... hehe...









agak2 topi magic Mahatma Gandhi tu boleh keluar arnab ke tidak? hehe... sekian sahaja entri di kebangunan tidur ini... akhir kata yang baik harap di'follow'kan dan yang buruk harap di'ignore'kan... sekian terima kasih...=)

Kegilaan ber'facebook'

As'salam... facebook? sape ade facebook? atau dgn name singkatannya FB... baru2 ni google ade buat laman sosial yang dipanggil google plus (xde lah baru sangat... aku yg ketinggalan kot)... ramai yang kata google boleh menenggelamkan facebook sepertimana yang dibuat facebook terhadap myspace(myspace aku dah berabok tak pernah bukak dah...) mungkinkah nasib FB juga akan sama seperti myspace? ikuti video ini... layannnn...

The World Is Obsessed With Facebook from Alex Trimpe on Vimeo.



ha! apa pendapat korang? kalau tanye aku... aku rase x kot...hehehe 'kot'... part yang bukak FB sejurus selepas bangun tido tu memang kene tepat kat dahi aku...
sekian sahaja entri di keheningan pagi ni... sekian terima kasih...=)

Monday, August 22, 2011

Kelemahan lelaki...

Petang yg indah bersame anak2 buah di rumah... aku jadik pengasuh budak2 la nampaknye hari ni... jadi entri kali ni pasal kelemahan lelaki ye? ermmm... kelemahan lelaki...(cakap sambil pegang dagu) hehe...


you can hear it! and if you a man you can feel it! hahaha... pengulas sengal...those are the
moments that change ur life if ur a man...hahaha!!! itulah dia kelemahan lelaki... jadi bila ada lelaki yang cuba membuat benda x baik... tendang aje... hehe... sekian entri kali ini... terima kasih...=)

Lagi senarai gambar tempat melepas terbaek!!!


Aauuucaakk!!! posto-posto! lagi gambar tempat melepas...bersahur lagi kita bersama saye... mari layan gambar2 tempat melepas yang menarik... tangkap gamba bersame tempat melepas pon kadang2 agak menarik kan? hehe...



-ini memang bagus kalau dipraktikkan di negara kite. sebab kat sini mmg ramai yang gemar kencing berdiri... kencing berdiri tu 'ok' lagilah dari berak berdiri... renung2kan...

-tempat melepas ni mmg sesuai untuk golongan panas baran. bile nampak deorang tengah panas tu, cepat2 suruh duduk kat mangkuk ni... gerenti deorang akan sentiasa 'cool' aje...


-ini tandas akurium name die... boleh bela ikan kat dalam tempat flush tu. bagi aku ini sangat style... tapi kemungkinan untuk ikan itu tidak di'flush' sekali bersame najis2 anda adelah tidak dapat dipastikan lagi. harap maaf.


-untuk yg suke tengok kartun... ha! boleh lah tgk puas2 semase melepas... mungkin ade yg ingat ini gamba edit... tapi bende ni btol... korang boleh tanye encik wiki atau makcik youtube...

-mangkuk melepas untuk loving couple... gerenti lpas tu x brape nak loving sangat...

-ini adelah toilet untuk si pencinte muzik sahaje... tak sesuai untuk hari panas sebab kemungkinan besar kulit bontot akan melecur dan melekat pada bibir mangkuk... ecececeh bibir... hehe...


-sesuai untuk lelaki macho yg suke bergosip (aku bantai aje tulis ni... hehe...)


-untuk pencinta hidupan laut... dan oleh kerana bentuk seperti cengkerang, mangkuk ni sesuai digunakan pekerja stesen minyak shell.


-sesuai untuk yg sukakan sukan seperti bola sepak... carenye pancutkan air kencing ke arah bola untuk menjaringkan gol... tahniah!



>Sekian sahaje entri dikesahuran kali ini... akhir kate yg buruk harap di'ignore'kan dan yg baik harap di'comment'kan serta di'follow'kan... hehe... sekian terima kasih! =)

Saturday, August 20, 2011

Jamban couple!!! Hoyeah!!!

Salam...haha! mari bersantai sambil bersahur... lpas buke masok tandas... lepas sahur masuk lagi... hari2 masok tandas... tanpa kite sedari tandas telah menjadi rutin hidupan seharian... awek cun pon masok gak tandas, jadik xyah bangge sgt lah dengan ke'cun'an diri tu eyk... hehe~~~ itu tandas biase... tapi kalau anda diberi pilihan untuk melepas di dalam semak atau melepas di dalam tandas yg ade jamban couple anda pilih yg mane? pilihan mutlak di tangan anda... huhu...=D berikut adelah gamba2 jamban yg tersedia untuk memudahkan anda membuat keputusan...

-Ini mmg sesuai untuk couple yg mahukan hidup dengan aktiviti yg lasak... contohnya meredah hutan, mendaki gunung dan sebagainye...


-Ini pula jenis jamban couple sempoi yg biase2 aje... bolehlah digunekan oleh pasangan bercinte selepas kawen...



-Rekabentuk agak mewah membolehkan jamban ini dinobatkan di tangge ke-2 carta jamban couple sedunia... sesuai untuk pasangan couple yg slalu singgah hotel bajet...


--yg ini paling mewah... siap ade tempat mandi skali yg berbentuk hati... so sweet kan? ini mmg untuk couple yg berada dan berkemampuan tinggi... jadik dgn ini jamban ini dinobatkan sebagai pemegang takhta jamban couple sedunia...


>akhir kata, menyolek jamban couple secantik-cantiknye tidak akan membolehkan anda bercouple dgn jamban tersebut. dan bercouple dengan jamban couple adelah perkare yang sia-sia... sekian terima kasih...=)

Friday, August 19, 2011

Kasihnya Ibu...

Di bulan yg mulia ini, ramai yg telah dijemput kembali oleh si pencipta... setiap hari ada sahaja tubuh yang dimandikan di surau. sehinggakan pakcik van jenazah sendiri kate " bulan ni hari2 ade orang meninggal, paling sikit pun 2 orang... aku tergamam kerana topik sebenar tentang orang tak puasa yg dibawa berjalan dengan van jenazah, tiba2 pakcik ni melencong ke tempat lain. gelak ketawa pada mulanya menjadi sunyi. maklumlah semua belum cukup iman lagi. Hari ini aku sedih melihat anak2 muda menyakiti hati ibu mereka... tidak pernah tertanyakah pada diri bila kali terakhir mengucup tangan ibu? bila kali terakhir kau memeluk tubuh tua itu? bila kali terakhir meminta maaf atas segala kesalahan? xkan nak tunggu hari raya sahaja? tidak tertanyekah kite tentang kesempatan bertemu lagi? mungkin hari ini kali terakhir berjumpa sebelum ibu menghembuskan nafas yg terakhir. Cukupkah apa yg telah kau lakukan utk membalas kasihnya seorang ibu yg telah bersusah payah melahirkan dan membesarkan? bagi aku, aku sangat sayang ibu aku... tetapi kekadang aku terleka sementara dengan teman2 yang sebenarnye takkan bawe kite kemane2... hinggalah suatu hari ibuku dimasukkan ke unit rawatan rapi... wajah ibu yg pucat ku tenung... wayar berselirat di sekeliling tubuh...air susu sebagai pengganti makanan disalurkan melalui tiub yg dimasukkan kedalam rongga hidung... mmg ibu hidup dengan bantuan mesin sahaja... doktor kata ibu awak mesti kuat...beri dia semangat, jika tidak ini mungkin kali terakhir kamu lihat dia... aku jadi sangat risau... aku tak pergi kerja dan seharian aku menangis sehingga aku termimpi2 yg ibu telah terbaring tidak bernyawa... dan kali itu juga baru aku tahu siapa teman sebenar... hari2 tidur di hospital supaya senang melawat ibu... air mata menitis setiap kali memakai apron dan sarung tangan untuk masuk melawat, aku sering menangis semahunya tatkala melihat tubuh ibu yg masih tidak bergerak, sebak di hati mmg sukar dibendung... aku hampir putus asa... mujur jiran2 yg dtg memberi semangat dan sedikit bantuan... membaca surah Yassin setiap kali melawat menjadi rutin harian. setelah beberape hari ibu mula menggerakkan tangan dalam keadaan mata yg tertutup... aku rase sgt bersyukur... tidak terdaye dan sangat belum bersedia untuk kehilangan ibu... selang beberapa hari ibu telah sedar sepenuhnya. syukurku tiidak terkira saat itu... dan sehingga ke hari ini aku sgt takut kejadian berulang lagi... setiap malam aku akan terjaga ketika tidur, aku turun ke bawah semata2 untuk melihat ibu masih bernafas atau tidak.Syukur peristiwa menyedarkan aku dan syukur juga aku masih lagi diberi kesempatan untuk merasai kasihnya seorang insan yg digelar ibu. aku menulis ini bukan untuk menunjukkan yg aku ni sudah bagus. tetapi hanya sebagai peringatan kepada semua tentang pengorbanan ibu melahir dan membesarkan kita. hanya satu soalan, sudah bersediakah anda utk kehilangannya. Bagi yg masih ada ibu, nikmatilah masa yg diberikan dan jagalah mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kamu bagai menatang minyak yg penuh, jangan menyesal di kemudian hari dan jangan jadikan kucupan di dahi pertama bila kau sudah dewasa kerana perasaan malu diejek anak emak menjadi kucupan terakhir bila kain dibuka untuk tatapan terakhir. dan kepada yg sudah kehilangan, jangan sesekali putus menyampaikan doa... sesungguhnya doa anak yg soleh itu membantu mereka di sane... kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya saudara masa berada. Minta maaf entri kali ni agak serius dan sensitif, ini hanye luahan perasaan yg hendak aku kongsikan ikhlas dari dasar hati. aku manusia biasa... sekian wasalam.

Tuesday, August 16, 2011

Aktiviti baru hilangkan stres...

RUMAH TERPENCIL...

Salam...Sesiapa yang mengalami stres akibat kesibukan bandar, sudah tentu sekurang-kurangnya kadang-kadang, mahu tinggal di tempat yang sunyi. Rumah sunyi, jauh dari jiran menjengkelkan, jauh dari bil-bil yang belum dibayar dan kad kredit, kehidupan alam semula jadi, yang menjimatkan . Kehidupan yang penuh warna dan aroma hutan, sungai, laut, dan bukan dari bau petrol dan minyak wangi (aku tak boleh bau wangi sangat... pening kepale...). Bayangkan bangun pagi sambil menghirup udara hutan dan petang yang santai di laman, serta malam yg tenang disulami kelipan bintang tanpa dinding bangunan sebagai penghalang. ingat tak korang time kecik2 dulu... bile ade org sound pasal bising... mesti ade yg jawab "kalau taknak bising dok dalam hutan sorang2 la!" ha! ini jawapannye...


ok dah! hahaha~~~ aku nak pegi danau dulu shopping raye... sekian terima kasih~~~=)

Monday, August 15, 2011

bila orang gila berjogging...



menarik bukan? ha! sape2 yang rase nak kuruskan badan bolehlah tiru aksi ini... untung2 anda mungkin akan digelek steamroll... ataupun lori 6tan... bolehlah kluarkan lemak dari perut... sekian terima kasih...=)

Friday, August 12, 2011

Pantun luahan harta dan hati...

Salam... hari ni xde benda2 best aku nak post... sbab malam ni ade match futsal...so aku nak rehat..jadik kite layan pantun aku buat ajelah... huhu~~~ aku anak seni... bersihkan hati... indahkan bahasa... hapuskan noda jiwa kita... di bulan indah ramadhan kita berpuasa... layannnzzzz~~~

bila bulan mengelus sayapnya,
jiwa meratap nasib yang lara,
andai mentari tidak menjelma,
harta segunung apa gunanya...

bulan menyapa pungguk tersentuh,
hati tersenyum jantung menari,
dipinta memberi jangan bersuruh,
kelak terbela dikemudian hari.

galah pengait selumbar berbisa,
mempelam manis terjerat mati,
jangan jelita dinilai kulitnya,
permata tersembunyi dalam hati.

malam menyunting sinaran mentari,
pagi merindu syair rembulan,
jika sang hati gelisah mencari,
cahaya akidah buatlah pegangan.

banyak lagi sajak2 dan bende lain yg aku dah buat time puase niyh... tapi malas nak post sbab korang bukan layan pon... hahaha~~~ sekian terima kasih...=)

Thursday, August 11, 2011

Ayat dalam filem yang diingati sehingga sekarang

Salam...Mari sahur kate2 filem yang termasyooorr! huhu...

*James bond
-ayat best=The name's bond. James bond
-paling stylo lah! cool habes!

*Buzz lightyer
-ayat best=to infinity and beyond!
-ini bukan saje anak... mak bapak pon layan...dngar cite name astro beyond dapat dari ayat ni lah... hehe...

*The Taxi
-ayat best=You talkin to me?
-Mungkin film ni agak asing... tapi sampai skarang gune lagi kan? haha... untuk nganjing member yg beria nak sembang...

*Star Wars
-May the force be with you
-Ayat ni gaklah yg paling power utk bagi semangat kat member dalam perjalanan ke bilik cikgu disiplin utk dirotan...


*Star Wars(Darth Vader)
-luke I am your father(krooiihhhh)
-haha~~~mmg xleh lupe utk kipas susah mati star wars.

*Austin power
-Ayat best=Yeah, baby, yeah!
-ayat paling teruk setakat ni... ade unsur2 haih... -.-"

*Terminator
-Ayat best=I'll be back!
-ayat ni telah diubah-ubah, tapi film yg last gune yg asal...
The Terminator (1984) – "I'll be back"
Terminator 2: Judgment Day (1991) – "Stay here, I'll be back"
Terminator 3: Rise of the Machines (2003) – "She'll be back"
Terminator Salvation (2009) – "I'll be back."
Terminator ahcai (2011)-Mail lambung! ill be back!



*Joker (film the dark knight)
-Ayat best=Why so serious
-Serius sgt pon tak boleh... hehe... ayat ni bolehlah diaplikasikan time jumpe cikgu disiplin bagi pelajar bermasalah... gerenti xkan kne rotan... cume mungkin dibuang skolah...

*Titanic
-Ayat best=you jump i jump
-jack cakap kat rose time mule2 jumpe...skarang ni xde you jump i jump dah... you jump you die i'll find another girlfriend la citer die...


*300
-Ayat best=This is Spartaaaaa!
-ayat angkuh habes! hahaha~~~ jgn marah fan liverpool... this is spartan... bukan this is anfield... ini kes sape tiru sape ni?